Kemekaran Sakura Indahkan Musim Bunga

2023-03-03 11:20:45  Kemekaran Sakura Indahkan Musim Bunga
Share with:

Kemekaran sakura yang berwarna merah jambu mempercantik kaunti Pan’an di bandar Jinhua, provinsi Zhejiang pada awal musim bunga sekarang ini.

Dengan kadar liputan hutan melebihi 80 peratus, kaunti itu merekodkan perkadaran hari dengan kualiti udara baik sebanyak 98 peratus.

Purata kepekatan zarah mikroskopik atau dikenali sebagai PM2.5 pula berada pada tahap 25 mikrogram per meter padu sepanjang tahun.

Kini, lebih 100,000 pokok bunga sakura telah ditanam di Pan'an yang menjadi daya tarikan istimewa buat para pengunjung.