Moody Naikkan Unjuran Ekonomi China

2023-03-03 14:39:48  CRI
Share with:

Agensi penarafan antarabangsa, Moody’s Investors Service baru-baru ini menaikkan unjurannya terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China bagi tahun 2023-2024 kepada 5 peratus daripada 4 peratus yang diunjurkan sebelumnya.

Laporan prospek makro global yang dikemaskinikan pertubuhan itu menunjukkan, berkuatkuasanya dasar kawalan COVID-19 yang sudah diubahsuaikan kerajaan China dijangka kondusif bagi merancakkan aktiviti ekonomi dan permintaan domestiknya terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

Perbelanjaan akan melantun berkat peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan bukan perdagangan pada musim bunga  tahun ini, dan barangkali paling dimanfaatkan oleh sektor pelancongan dan perhotelan.

Terdapat kemungkinan juga bahawa ekonomi China akan melantun lebih kuat daripada yang diramalkan untuk suatu jangka masa yang pendek.

Laporan itu juga menjangka pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat mencatat 0.9 peratus pada tahun ini dan 1.1 peratus tahun depan, manakala kawasan Euro pula naik 0.5 peratus dan 1.2 peratus.