Xi Jinping: Demi Amanah Rakyat

2023-03-03 16:52:12  CRI
Share with:

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) bakal dirasmikan tidak lama lagi pada permulaan bulan Mac.

Mengimbau kembali NPC dan CPPCC dalam tempoh 10 tahun yang lalu, Presiden China Xi Jinping pernah “turun padang” sebanyak 53 kali untuk berinteraksi dengan wakil NPC dan CPPCC mengenai gagasan pembangunan tanah air.

“Semua cadangan dikemukakan anda adalah baik, yang memberi banyak ilham kepada saya”, kata Xi semasa beliau pertama kali mengadakan pertukaran dengan wakil NPC dan CPPCC setelah menyandang jawatan Presiden pada 2013. Dalam 10 tahun selepas itu, Xi pernah berkali-kali melakukan interaksi dengan para wakil untuk mengetahui rintihan rakyat di akar umbi.

Xi sentiasa peka akan hal-ehwal yang berkait rapat dengan hidup harian rakyat, baik keselamatan bijirin mahupun pendidikan dalam keluarga.

Semasa sesi temu ramah dengan para wakil, Presiden Xi pernah mengemukakan banyak ulasan yang turut dijadikan panduan penting bagi kerja Parti dan kerajaan.

Semasa menghadiri sesi perbahasan delegasi provinsi Jiangxi pada 2015, Xi menyatakan bahawa perlu terus membentuk ekologi politik yang baik demi suasana yang bersih.

Xi buat kali pertama mentafsirkan “sistem parti politik model baharu” ketika menghadiri satu mesyuarat bersama CPPCC pada 2018. Menurut beliau, sistem kerjasama berbilang parti dan sistem mesyuarat politik yang dipimpin Parti Komunis China (PKC) membentuk kerangka utama landskap politik negara China, dan juga merupakan ciptaan cemerlang PKC, rakyat China dan pelbagai parti demokratik, serta sejenis model baharu yang selaras dengan tata hukum negara China.

Rakyat sentiasa dijadikan keutamaan dalam hati nurani Xi dalam 10 tahun yang lalu. Selepas sekali lagi terpilih Presiden China pada 2018, beliau menekankan bahawa semua kakitangan badan kerajaan termasuk yang berpangkat tinggi perlu sentiasa mengutamakan rakyat, berkhidmat demi rakyat dengan penuh hati serta berusaha gigih demi menyumbang kepada kepentingan dan kebahagiaan rakyat.