Fed Naik Lagi Kadar Faedah, Lebih Banyak Rakyat akan Berhutang

2023-03-09 14:46:13  CRI
Share with:

Pengerusi Lembaga Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat, Jerome Powell mendakwa bahawa pihaknya akan terus menaikkan kadar faedah malah mencapai tahap lebih tinggi berbanding rancangan asal. 

Kenaikan mendadak kadar faedah sebanyak beberapa kali telah membawa tempias besar kepada ekonomi AS, sekali gus mengakibatkan lebih banyak rakyat berhutang.

Data statistik terkini oleh Moody’s mendapati bahawa terdapat 25 juta individu gagal membayar bil kad kredit, pinjaman kereta atau pinjaman individu mengikut jadual. Angka tersebut merekodkan tahap tertinggi sejak tahun 2009.