Presiden Belarus Saran Perkasa Penyelarasan BRI, Dasar EAEU
Presiden Belarus, Alexander Lukashenko menyarankan supaya penyelarasan antara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan dasar baharu Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) terus diperkasakan.
Beliau turut mengalu-alukan China menjalankan kerjasama perdagangan dengan negara anggota EAEU.
“China boleh mengembangkan teknologi canggih di pasaran kami, dan membeli bahan mentah, komponen peralatan dan produk mesin,” ujar Lukashenko semasa temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).
Beliau yakin BRI dapat membawa manfaat besar kepada negara-negara EAEU susulan kejayaan inisiatif itu dalam mewujudkan kesalinghubungan dunia.
“Kami bukan sahaja mendapat manfaat besar dalam sektor logistik dan perdagangan, tetapi juga akan meneroka prospek luas dalam bidang teknologi tinggi,” kata Lukashenko.