200 Tokoh Seru Tamatkan Ketidakadilan Agihan Vaksin

2023-03-13 12:42:15  CRI
Share with:

Kira-kira 200 tokoh politik, pakar dan sarjana menerusi sepucuk surat terbuka pada Sabtu menyeru supaya kerjasama antarabangsa ditingkatkan bagi menamatkan ketidakadilan dalam pengagihan vaksin.

Surat terbuka itu ditandatangani oleh pemenang Hadiah Nobel, Joseph Stiglitz, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Angel Gurria dan lain-lain.

Mereka menggesa agar pemimpin-pemimpin dunia komited tidak lagi mengutamakan nyawa rakyat negara kaya berbanding yang miskin, sekali gus menjadikan inovasi perubatan sebagai produk awam global untuk memaksimumkan kesihatan  manusia, bukannya keuntungan.