China Bantu Asia Barat Wujud Ketenteraman, Keselamatan

2023-03-14 14:39:32  CRI
Share with:

China memainkan peranan penting ke arah persetujuan Iran dan Arab Saudi untuk menyambung semula hubungan diplomatik.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Iran Nasser Kanani dalam sidang media pada Isnin.

Kanani memuji kesungguhan China dalam membantu Asia Barat mewujudkan keamanan, kestabilan dan keselamatan.

Menyentuh tentang perjanjian pemulihan hubungan Iran-Arab Saudi, Kanani berkata China dengan niat baik menerima kehadiran delegasi dua negara itu di Beijing, dan menyediakan platform kepada pihak terbabit untuk menjayakan dialog serta sepakat untuk kembali menjalin hubungan diplomatik.

“Kerajaan China berperanan penting dalam isu ini, dan kemampuan negara itu terserlah apabila perjanjian berkenaan dicapai antara kami (Iran) dengan Arab Saudi,” kata Kanani.