Cipta Suasana Kondustif, Baiki Situasi Yaman: Duta China

2023-03-16 14:37:24  CRI
Share with:

Dialog antara Arab Saudi dengan Iran di Beijing diharap dapat membantu mencipta suasana kondusif bagi membaiki keadaan di Yaman, menurut duta China.

Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geng Shuang menyeru pihak terbabit supaya bertenang dan mengelak daripada melakukan tindakan yang boleh merosakkan kepercayaan dan menimbulkan ketegangan.

“Pihak-pihak yang terlibat dalam isu Yaman perlu mengutamakan kepentingan rakyat negara itu, selain bergerak sehaluan dengan memfokuskan kepada penyelesaian politik,” kata beliau pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi Yaman, pada Rabu.

Geng turut menghargai usaha Arab Saudi, Oman dan negara Arab lain untuk menggerakkan perundingan damai, dan menyeru pihak terbabit supaya memanfaatkan peluang pemulihan hubungan Arab Saudi-Iran sebagai pendekatan untuk membaiki keadaan Yaman.