Hubungan Rusia-China, Teladan Kerjasama yang Harmoni dan Kreatif

2023-03-20 17:09:53  CRI
Share with:

Sempena Presiden China, Xi Jinping akan menjalankan lawatan ke Rusia, Presiden Rusia, Vladimir Putin melalui satu artikelnya yang bertajuk "Rusia dan China, hubungan rakan yang menuju ke masa depan" yang diterbitkan akhbar Renmin Ribao hari ini, menyampaikan salam kepada rakyat China yang ramah serta menyatakan hubungan Rusia-China merupakan teladan dalam kerjasama yang harmoni dan kreatif antara negara kuasa besar. Beliau menanti-nantikan rundingan yang bakal diadakan dengan Presiden Xi yang dipercayai akan menyuntik momentun kuat yang baharu kepada koordinasi kedua-dua pihak yang melibatkan pelbagai bidang.