Presiden Iran Diundang Melawat Arab Saudi

2023-03-20 19:16:58  CRI
Share with:

Naib Pengarah Pejabat Presiden Iran yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal politik, Mohammad Jamshidi semalam mendedahkan bahawa Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi telah menerima surat undangan dari Raja Arab Saudi, Salman bin Abdul Aziz Al Saudi untuk melawat ke negara itu.

 Mohammad Jamshidi dalam media sosialnya menyatakan bahawa Raja Salman mengalu-alukan pemulihan hubungan diplomatik antara ‘dua negara seumpama adik beradik’, mengundang Presiden Raisi melawat Riyadh dan menyeru kedua-dua negara agar meningaktkan kerjasama ekonomi serta serantau.

Raisi pula mengalu-alukan undangan tersebut dan menekankan bahawa pihaknya telah bersiap sedia untuk memperluas hubungan dengan Arab Saudi.