Surat Tahniah Xi kepada Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2023

2023-03-26 14:31:11  CRI
Share with:

Usaha menggalakkan pemulihan ekonomi memerlukan konsensus dan kerjasama. Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuran China mendapat sahutan aktif dan sokongan daripada masyarakat antarabangsa. Presiden China, Xi Jinping berujar demikian dalam surat tahniah kepada sidang tahunan Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China yang dirasmikan di Beijing pada Sabtu.

Xi menyatakan bahawa China akan mengekalkan pelaksanaan dasar buka pintu kepada luar, mengamalkan teguh strategi yang saling menguntungkan dan mewujudkan pencapaian menang-menang dan terus menyediakan peluang baharu kepada dunia melalui pembangunan baharu China. Pelbagai negara akan menjadi semakin mudah dalam memanfaatkan peningkatan tahap keterbukaan yang bersifat sistematik di China yang melibatkan bidang peraturan, mekanimse, pengurusan dan piawaian.