Program CGTN Huraikan Demokrasi Rakyat di China

2023-03-28 13:08:15  CRI
Share with:

China Global Television Network (CGTN) di bawah Kumpulan Media China (CMG), melancarkan siri program "Demokrasi Rakyat" dan "Demokrasi: Nilai Bersama Umat Manusia" masing-masing pada 22 dan 23 Mac.

Siri program tersebut memberi huraian terperinci mengenai demokrasi rakyat sepanjang proses di China dan nilai demokrasi sebagai nilai bersama seluruh insan.

Kedua-dua siri program tersebut menjelaskan bahawa tiada satu bentuk demokrasi yang sesuai untuk semua negara di dunia, dan pemilihan sistem demokrasi harus berdasarkan keadaan sesebuah negara.

Sasaran muktamad demokrasi adalah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan membolehkan setiap individu mempunyai maruah dan rasa nilai. Demokrasi seumpama inilah demokrasi sebenar dan aspirasi bersama umat manusia.