ADB Unjur Entiti Membangun Asia Tumbuh 4.8 Peratus

2023-04-04 14:55:29  CRI
Share with:

Bank Pembangunan Asia (ADB) menjangkakan entiti ekonomi membangun di rantau Asia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus bagi 2023 dan 2024, lebih tinggi berbanding unjuran 4.2 peratus yang dibuat pada tahun lepas.

Dalam laporan Prospek Pembangunan Asia 2023 yang dikeluarkan hari ini, ADB berkata China dan India akan menjadi pendorong utama pertumbuhan serantau, dengan ekonomi masing-masing berkembang 5.0 peratus dan 6.4 peratus pada 2023, serta 4.5 peratus dan 6.7 peratus pada 2024.

Di samping itu, pertumbuhan ekonomi keseluruhan Asia Tenggara dijangka mencapai 4.7 peratus tahun ini dan 5.0 peratus pada tahun hadapan.