‘End of US hegemony’ Bermula dari Dolar Amerika

2023-04-04 14:28:14  CRI
Share with:



Penyelesaian perdagangan antara India dan Malaysia kini boleh menggunakan Rupee India (INR) sebagai tambahan kepada kaedah penyelesaian semasa dalam mata wang lain.

 

Presiden Indonesia, Jokowi menuntut penerbitan kad kredit tidak bergantung pada layanan Visa ataupun Mastercard demi keselamatan negara.

 

Mesyuarat Timbalan Menteri Kewangan ASEAN mengusulkan saranan bahawa negara-negara di rantau ini menggunakan mata wang tempatan bagi perdagangan atau pelaburan untuk mengurangkan kebergantungan kepada mata wang seperti dolar Amerika.

 

China menyelesaikan perdagangan LNG pertama yang menggunakan RMB dengan TotalEnergies, Perancis. Manakala sumber LNG itu dari Emiriah Arab Bersatu.

 

Rasa tidak puas hati dunia terhadap hegemoni dolar AS bukanlah perkara baharu, cuma kini beberapa negara telah mengambil langkah untuk mencabar hegemoni ini setelah menyaksikan AS mampu menyekat apa jua negara dengan senjata dolar Amerika.

 

Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.

 

Berberapa hari ini, satu berita mengenai Setiausaha Penerangan White House, Karine Jean-Pierre mengancam mengenakan sekatan kepada negara-negara yang berani mengetepikan dolar Amerika tersebar di media sosial. Alasannya ini telah menjejaskan kepentingan rakyat Amerika.

 

Meskipun Satria belum memastikan sumber berita ini, tapi ramai netizen berpendapat bahawa ia adalah dasar sebenar Amerika Syarikat.

 

Apa yang telah Satria sahkan adalah satu berita lain yang mungkin menggesa lebih banyak negara menghadapi risiko keselamatan kewangan masing-masing dengan lebih serius.

 

Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet L. Yellen dalam sesi testimoni Kongres mencadangkan bahawa hutang negara Amerika ditingkatkan daripada 31.4 trilion buat masa ini kepada 51 trilion pada masa depan.

 

Penerbitan dolar Amerika bergantung kepada hutang negara Amerika. Penerbitan dolar Amerika ada satu batasan iaitu emas di dunia ini ketika sistem Hutan Bretton ditubuhkan.

 

Tapi langsung ia tidak mencukupi bagi keperluan Amerika untuk merampas harta dunia, dan AS terus mengumumkan membatalkan ikatan dolar Amerika dengan emas, seterusnya bergantung kepada minyak mentah. Ini bukan sahaja meningkatkan batasan penerbitan dolar Amerika lagi, bahkan mendominasikan penyelesaian perdagangan minyak mentah yang dilihat sumber paling penting.

 

Bagaimanapun, dalam 4 dekad ini, batasan hutang negara AS telah ditingkatkan lebih kurang 80 kali. Setiap kali ia berlaku, ia sebenarnya menurunkan nilai harta yang dicipta di seluruh dunia, tapi membantu Amerika merampas harta dari negara lain.

 

Kos menerbitkan duit USD100 hanya 17 sen saja bagi Amerika. Tapi dolar yang diterbitkan digunakan untuk mengimport barangan dari negara lain dan melabur di luar negara.

        

Cadangan Janet L. Yellen kali ini AS akan menerbitkan lebih 20 trilion dolar Amerika lagi dalam 10 tahun akan datang, hampir satu kali ganda berbanding masa ini.

 

Ini bermaksud kita rajin bekerja mengeluarkan produk, tapi AS langsung membelinya dengan potongan 50%. Pada masa yang sama, nilai hutang negara AS yang dipegang oleh kerajaan kita langsung merosot 50%.

 

Adakah kita bersedia terus dirampas oleh hegemoni dolar Amerika? Tentulah tak.

 

Bekas pengurus bank Datuk John Lo telah menerbitkan rencana yang bertajuk ‘End of US hegemony’ di Daliy Express.

 

Keruntuhan hegemoni Amerika mungkin telah bermula dari dolar Amerika.