Macron Balik Eropah dengan Bawa Kedamaian, Kestabilan dan Kemakmuran

2023-04-11 18:11:10  CRI
Share with:


Presiden Perancis Emmanuel Macron semalam memuat naik vlog mengenai lawatannya di China pada akaun media sosialnya yang bertema kedamaian, kestabilan dan kemakmuran.

 

Nampaknya, lawatan selama tiga hari di China membawa impak yang cukup mendalam kepada pemimpin Eropah ini.

 

Dalam penerbangan balik ke Perancis, beliau menyatakan kepada Politico (media Amerika) bahawa Eropah perlu menahan tekanan, mengurangkan kebergantungan kepada Amerika. Malah, beliau turut menjunjung strategi autonomi dan Eropah menyasarkan untuk menjadi kuasa besar ketiga di dunia.

 

Beliau juga menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menjadi pengikut agenda Amerika bagi memburukkan krisis di Selat Taiwan atas alasan ia tidak bersesuaian dengan kepentingan Eropah.

 

Ketika Angele Merkel masih menjadi Canselor Jerman, Jerman dan Perancis merupakan tiang autonomi Eropah. Bagaimanapun, dengan bersaranya Angele Merkel, dan juga cabaran geopolitik, autonomi Eropah sebenarnya menghadapi kemerosotan secara mendadak. Pada masa sama, Macron pula berasa kurang upaya menghadapi situasi ini dan terdapat penghalang terbesar autonomi Eropah, iaitu Amerika.

 

Namun, apa yang Macron lihat di sini (China) telah membuatnya menyedari di dunia ini memang ada kuasa besar yang bersedia menyokong pembangunan saling menguntungkan pihak lain, tidak seperti sesebuah negara yang hanya mengizinkan pembangunan pihak lain yang di bawah kawalan dirinya sendiri.

 

Ini dapat dilihat dalam kontrak baharu yang termeterai ketika rangka lawatan Macron yang melibat 160 buah pesawat Airbus, di samping membuka garis pemasangan akhir A320 kedua di China.

 

China telah mengeluarkan C919, pesawat penumpang bersaiz besar buatan sendiri, tapi juga bersedia berkongsi pasaran domestik yang cukup besar dengan rakan Eropah.

 

Tetapi, Setiausaha Perdagangan Amerika, Gina Raimondo yang bersiap melawat China pula mendakwa China tidak mematuhi perjanjian perdagangan dengan negara itu, termasuk membeli pesawat Boeing. Lebih teruk lagi, ia langsung tidak mempertimbangkan senarai larangan eksport ke China yang semakin panjang.

 

China mahu membeli C-17, F/A-18, B-1B, AH-64 dan E-3 untuk Boeing, adakah Amerika bersedia menjualnya kepada China?

 

Eropah yang kini terkandas dalam krisis Ukraine juga semakin memahami hasrat China untuk mengawal kedamaian di Selat Taiwan dan siapakah yang selalu menghasutkan ketegangan.

 

Berdasarkan undang-undang antarabangsa dan kenyataan semua negara yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China, di dunia ini hanya ada satu China, dan Taiwan merupakan sebahagian daripada China.

 

Manakala, pemimpin kawasan Taiwan, Tsai Ing-wen sengaja “transit” di Amerika untuk bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan, Kevin McCarthy sebagai sejenis “pengiktirafan diplomatik”.

 

Amerika menafikan pemimpin No.3 negaranya bertemu dengan Tsai, negaranya menjual senjata bersifat menyerang kepada Taiwan, bahkan menghantar armada kapal induk nuklear Nimitz ke kawasan persekitaran Taiwan sebagai tindakan yang melanggar prinsip satu China, sebaliknya mendakwa latihan ketenteraan China di wilayah sendiri sebagai satu tindakan yang melampau.

 

Pada pandangan Amerika, hanya China yang melanggar prinsip satu China. Kedamaian di Selat Taiwan bersesuaian dengan China, Eropah dan majoriti negara di dunia ini, kecuali Amerika.

 

China berusaha sedaya upaya untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di kedua-dua pantai Selat Taiwan, termasuk menyambut hangat lawatan bekas pemimpin kawasan Taiwan, Ma Ying-jeou ke Tanah Besar. Menghadapi cabaran kedaulatan dan keutuhan wilayah setapak demi setapak, China yang mempunyai wilayah yang luas, tiada ruang setapak pun untuk bertolak ansur.