China, Turkmenistan Mahu Lonjakkan Ikatan Bilateral

2023-05-18 17:38:51  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedov di Xi'an petang tadi.

Xi berkata beliau amat mengalu-alukan kehadiran Berdimuhamedov untuk menyertai Sidang Kemuncak China-Asia Tengah di Xi'an.

China dan Turkmenistan menaiktaraf hubungan bilateral ke peringkat perkongsian strategik komprehensif semasa lawatan Presiden Berdimuhamedov ke Beijing pada Januari tahun ini.

Hubungan kedua-dua negara turut menyingkap lembaran baharu dalam usaha mempraktikkan visi komuniti berkongsi nasib.

Sejak hubungan diplomatik dijalin 31 tahun lalu, China dan Turkmenistan sentiasa menjalankan kolaborasi muhibah dengan berpegang kepada prinsip saling menghormati dan saling menguntungkan.

Xi menyatakan hubungan kedua-dua negara memiliki potensi besar dan prospek luas untuk terus berkembang.

China bersedia bersinergi dengan Turkmenistan untuk memantapkan lagi jalinan ikatan hingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.