China Gesa Israel Hentikan Ceroboh Tanah dan Sumber Palestin

2023-05-25 13:50:25  CRI
Share with:

Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang menggesa Israel menghentikan pencerobohan terhadap tanah dan sumber Palestin pada Rabu.   

Pada sesi terbuka Majlis Keselamatan PBB berhubung isu Asia Barat termasuk isu Palestin, Geng berkata China menggesa semua tindakan sepihak Israel yang meluluskan penempatan semula, membina penempatan baharu, dan menghalalkan penempatan di wilayah yang diduduki sejak tahun ini "mesti dihentikan."

“Status dan sejarah tapak suci keagamaan Baitulmuqaddis mesti dihormati dan ditegakkan.

“Pada 21 Mei, seorang pegawai kanan Israel bagi urusan keselamatan wilayah memasuki halaman Masjid Al-Aqsa buat kali kedua sejak tahun ini dan turut mencetuskan ketegangan pusingan baharu.

 “Menyentuh isu tapak suci keagamaan, Israel mesti menghentikan kegiatan provokasi, menjamin hak puak Islam untuk beribadat, mengekalkan keamanan dan kesentosaan tapak suci keagamaan terbabit, dan menghormati hak pemerintahan Jordan," kata wakil tetap China itu.