Perkasakan Pembinaan Peradaban Moden Bangsa China: Xi

2023-06-03 15:16:27  CRI
Share with:

Misi budaya pada era baharu adalah terus mempromosikan kemakmuran kebudayaan, membina negara kebudayaan yang kuat, dan membina peradaban moden bangsa China, kata Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada simposium mengenai pewarisan dan pembangunan budaya di Beijing pada Jumaat.

Beliau menegaskan bahawa usaha harus dilakukan untuk mengukuhkan keyakinan kebudayaan, menggalas misi dan bekerja keras demi mencipta kebudayaan baharu bagi era kita, dan membina peradaban moden bangsa China.

Sebelum menghadiri simposium tersebut, Xi Jinping telah mengunjungi Arkib Terbitan dan Kebudayaan Nasional China (CNAPC) dan Akademi Sejarah China.

Xi Jinping menyatakan, jika seseorang tidak mengenali China dari perspektif kesinambungan sejarahnya yang lama, adalah mustahil bagi individu itu untuk memahami negara ini, sama ada pada zaman purba dan zaman moden, mahupun masa akan datang.

Sifat damai peradaban China pada asasnya telah menentukan bahawa China ialah pembina keamanan dunia, penyumbang pembangunan global, dan penjaga orde antarabangsa. Ia juga menentukan bahawa China akan terus mengejar pertukaran dan saling belajar antara peradaban berbeza, tidak menjalankan hegemoni kebudayaan. Di samping itu, China tidak akan memaksakan nilai dan sistem politiknya kepada orang lain, mempertahankan kerjasama dan tidak mengamalkan konfrontasi.