Festival Beli-belah Shanghai ke-5 Bermula

2024-04-28 14:57:36  CRI
Share with:


Musim Penggunaan Antarabangsa 2024 yang juga Festival Beli-belah 5 Mei Shanghai edisi kelima anjuran bersama Kementerian Perdagangan, Kumpulan Media China (CMG), dan kerajaan bandar Shanghai, dirasmikan pada Sabtu.


Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai Parti Komunis China Chen Jining, Menteri Perdagangan Wang Wentao dan Presiden CMG Shen Haixiong turut hadir pada majlis perasmian.


Shen Haixiong ketika berucap pada majlis itu menyatakan bahawa CMG telah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan kerajaan tempatan pelbagai wilayah untuk mengadakan aktiviti musim penggunaan selama lima tahun berturut-turut. 


CMG akan meningkatkan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk menganjurkan lebih banyak karnival bandar berperingkat global untuk mewujudkan persekitaran pasaran penggunaan yang sesuai untuk pelanggan antarabangsa dari semua lapisan umur.