Sektor Logistik China Catat Pemulihan Mantap

2024-04-29 14:41:53  CRI
Share with:

Sektor logistik China meneruskan pemulihan mantap secara keseluruhannya pada suku tahun pertama, menurut Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP).


Data CFLP menunjukkan jumlah logistik sosial di seluruh negara direkod sebanyak 88 trilion yuan (RM57.92 trilion) bagi suku pertama 2024, meningkat 5.9 peratus tahun ke tahun.


Kadar pertumbuhan itu adalah 0.5 mata peratusan lebih tinggi daripada suku keempat tahun lepas, dan dua mata peratusan lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.