Misi Kumpul Sampel dari Sisi Jauh Bulan Bermula
Prob penyelidikan Chang'e-6 memulakan misi mengumpul sampel dari sisi jauh Bulan, kata Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA).
Misi berkenaan menjadikan China sebagai negara pertama yang melakukan percubaan seumpama.
Menurut CNSA, Lembangan Kutub Selatan-Aitken (SPA) di bahagian jauh Bulan dipilih sebagai lokasi pendaratan dan tapak pensampelan untuk misi Chang'e-6.
Prob Chang'e-6 berjaya dimasukkan ke Orbit Pindah Bulan (LTO) selepas pelancarannya menggunakan roket pembawa Long March-5 Y8 dari Tapak Pelancaran Angkasa Wenchang di provinsi Hainan pada pukul 5.27 petang Jumaat.
CNSA memaklumkan, misi mendapatkan dan membawa pulang sampel berkenaan akan mengambil masa kira-kira 53 hari.