Ribuan Sertai Demonstrasi di Tel Aviv

2024-05-05 14:16:18  CRI
Share with:

Ribuan rakyat Israel berdemonstrasi di Tel Aviv pada Sabtu bagi menuntut kerajaan negara itu mencapai perjanjian pembebasan tebusan dengan Hamas secepat mungkin.


Sementara itu, ramai penunjuk perasaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran semasa, merayu pilihan raya diawalkan dan menuntut kerajaan meletakkan jawatan.


Menurut laporan media tempatan, pihak polis menutup sebahagian laluan jalan bagi mengehadkan aktiviti tunjuk perasaan itu.