Xi, Macron Adakan Perbincangan

2024-05-07 00:34:55  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Perancis Emmanuel Macron telah mengadakan perbincangan di Istana Elysee, Paris pada petang Isnin waktu tempatan.

Dalam perbincangan itu, Xi berkata beliau berbesar hati dapat mengadakan lawatan rasmi ketiga ke Perancis atas undangan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara, dan berharap bersama dengan Presiden Macron menjadikan lawatan kali ini sebagai permulaan baharu bagi kemaraan ke tempoh 60 tahun yang akan datang sehingga memberi sumbangan baharu kepada keamanan dan kestabilan dunia serta kemajuan pembangunan manusia.

Menurut Xi, kedua-dua pihak perlu menghindarkan “perang dingin baharu” atau konfrontasi kem, bersama-sama menggalakkan dunia ini hidup dalam suasana harmoni, memastikan tata kelola yang sama rata dan multipolarisasi terjamin di persada dunia, di samping terus mengamalkan prinsip saling menguntungkan dan sama menang serta menentang dakwaan “memutuskan hubungan” dan amalan “mereka-reka hambatan perdagangan”.