CMG Adakan Aktiviti Pertukaran Sosiobudaya China-Perancis di Paris
Semasa berlangsungnya lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Perancis, Kumpulan Media China (CMG) menganjurkan satu aktiviti pertukaran sosiobudaya untuk memperingati ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis, dan menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dengan Euronews.
Presiden Yayasan Prospektif dan Inovasi yang juga bekas Perdana Menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin berkata, sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara Perancis dan China pada 60 tahun yang lalu, kedua-dua pihak sentiasa komited untuk mencapai pembangunan bersama melalui kerjasama yang saling menguntungkan, saling belajar daripada tamadun masing-masing, dan pertukaran yang sama rata. Pertukaran dan kerjasama dalam bidang media telah menjadi saluran penting bagi rakyat kedua-dua negara meningkatkan persefahaman dan menimba pengalaman dari pihak lain.
Presiden CMG, Shen Haixiong pula berkata, dalam proses perkembangan mantap hubungan dua hala, badan media dari kedua-dua negara berfungsi sebagai jambatan demi pertukaran sosiobudaya, dan penjana impak sosial di kalangan rakyat untuk memupuk rasa muhibah dan saling percaya serta menyuburkan persahabatan kedua-dua pihak.
“Sejak permulaan tahun ini, CMG telah melancarkan siri program arahan bersama China-Perancis yang berspesifikasi tinggi dan pameran digital khas di bawah "Program Promosi Kesenian China.
"CMG juga akan menghantar satu pasukan yang terdiri daripada lebih 2,000 anggota untuk membuat liputan siaran untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris bagi membina jambatan yang sejajar dengan peningkatan kebersamaan di kalangan rakyat dengan memanfaatkan peluang yang wujud dalam menyemarakkan semangat Olimpik,” katanya.