Xi, Macron Bertemu dengan Wartawan
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron bertemu dengan wartawan bersama-sama selepas perbincangan mereka berakhir di Istana Elysee, Paris pada petang Isnin waktu tempatan.
Xi menyatakan bahawa beliau berasa amat gembira kerana mendapat undangan Presiden Macron untuk mengadakan lawatan ke Perancis sekali lagi sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis, dan menganggap perbincangan dengan Macron amat berhasil.
Kedua-dua pemimpin itu sebulat suara berpendapat bahawa hubungan China dan Perancis mempunyai sejarah yang berharga, berkongsi nilai yang unik dan menggalas misi yang penting. Kedua-dua pihak diharap mewarisi tradisi yang bersejarah, menyemarakkan lagi semangat sejati yang sudah wujud sejak terjalinnya hubungan diplomatik serta menyuntik nafas baharu kepada perkembangannya pada era baharu, dan bersiap memulakan kemaraan baharu untuk menyambut satu lagi tempoh 60 tahun.
kedua-dua pihak memutuskan akan berusaha menjalankan kerja dalam pelbagai bidang termasuk memperkukuh hubungan bilateral dari segi strategi, meneroka potensi kerjasama yang saling menguntungkan, mempercepat pertukaran sosiobudaya, dan membina konsensus yang lebih besar demi kerjasama sejagat.
Tentang konflik Palestin-Israel, kedua-dua pihak menyeru untuk menggalakkan gencatan senjata yang menyeluruh dan mampan diwujudkan di Genting Gaza dengan serta merta, menyokong Palestin menjadi anggota rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melancarkan semula "penyelesaian dua negara" untuk mewujudkan kedamaian yang berkekalan di rantau Asia Tengah.
Tentang krisis Ukraine, kedua-dua pihak menyeru pihak terlibat menghidupkan semula komunikasi dan dialog, menyokong persidangan damai antarabangsa diadakan pada masa yang tepat dan menyokong pembinaan rangka keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan.
Xi menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara di dunia termasuk Perancis mengembangkan hubungan persahabatan dan kerjasama berdasarkan prinsip saling menghormati, berkembang bersama, menghadapi kesukaran bersama dan meneroka masa depan bersama.