China, AS Bincangkan Isu Perubahan Iklim

2024-05-07 16:31:11  CRI
Share with:

Utusan Khas China mengenai Perubahan Iklim, Liu Zhenmin dijadualkan mengadakan perbincangan dengan Penasihat Kanan Presiden Amerika Syarikat (AS) tentang Dasar Iklim Antarabangsa, John Podesta pada 7 hingga 16 Mei.


Menurut Kementerian Ekologi dan Persekitaran China pada Selasa, kedua-dua pihak akan berpandukan persepakatan yang dicapai pemimpin negara, bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai matlamat seperti mencapai hasil yang substantif dalam kerjasama iklim, dengan berkisar pada konsensus yang sudah dicapai seperti "Kenyataan Sunnylands".


Dimaklumkan lagi bahawa Liu akan melakukan komunikasi tentang isu perubahan iklim dengan agensi berkenaan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan kerajaan daerah serta kumpulan pemikir yang terbabit di AS.