Xi Sampai Ucapan Bertulis di Lapangan Terbang Belgrade

2024-05-08 06:25:54  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan bertulis setelah tiba di Lapangan Terbang Nikola Tesla Belgrade, dan turut memulakan lawatan rasmi ke Serbia pada Selasa waktu tempatan.


Xi berkata, China dan Serbia yang mempunyai persahabatan tradisional yang erat, dan hubungan bilateral yang teruji dalam pergolakan situasi dari semasa ke semasa, boleh diteladani masyarakat antarabangsa.


China dan Serbia mengadakan kerjasama berdasarkan prinsip sama rata dan sama untung, bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara untuk jangka masa panjang, tetapi juga membantu menyuntik momentum kepada pembangunan negara masing-masing, membawa kesejahteraan kepada rakyat dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.


“Saya berharap mengambil kesempatan dalam lawatan kali ini, bertukar-tukar pendapat dengan Presiden Aleksandar Vucic mengenai hubungan dua hala dan masalah yang menjadi tumpuan sama, membincangkan kerjasama dan pembangunan untuk menggaris cetak biru bagi mengembangkan hubungan kedua-dua negara. Saya yakin lawatan ini pasti akan membuahkan hasil yang melimpah dan dapat membuka lembaran baharu dalam sejarah hubungan dua hala,” kata Xi.