Pengawal Pantai China Jalani Latihan Menyelamat di Sekitar Pulau Huangyan
Pasukan Pengawal Pantai (CCG) China selesai menjalani latihan menyelamat laut di perairan sekitar Pulau Huangyan, Laut China Selatan mutakhir ini.
Kapal Chuanshan dari CCG ditugaskan untuk menjalankan misi penyelamatan.
Dalam latihan simulasi, ada orang terjatuh ke laut dan memerlukan penyelamatan cemas. Kapal Chuanshan menggerakkan prosedur penyelamatan dengan serta merta.
Komisar politik kapal Chuanshan, Wu Hongri menyatakan bahawa CCG bertugas bagi penyelamatan di laut, maka latihan penyelamatan laut dapat meningkatkan keupayaan arahan operasi dan daya koordinasi seluruh kapal supaya respons segera terhadap kes-kes cemas seperti nelayan terjatuh ke laut.