Xi Adakan Pertemuan dengan Putin
Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.
Xi menyatakan bahawa sambutan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Rusia ialah perkara penting bagi kedua-dua negara pada tahun ini.
"Dalam tahun-tahun ini, saya telah bertemu dengan anda lebih daripada 40 kali, mengekalkan komunikasi rapat, memberi bimbingan strategik memastikan perkembangan hubungan China-Rusia yang sihat, mantap dan lancar.
"Hubungan China-Rusia semasa ini bukanlah mudah untuk dicapai dan perlu dihargai," kata Xi.
Menurut beliau, perkembangan hubungan China-Rusia yang mantap bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara dan rakyat, bahkan juga kondusif bagi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau dan dunia.
Xi berkata China bersedia memperkukuh persahabatan tradisional dengan Rusia, mewujudkan pembangunan negara masing-masing, dan berganding tangan dalam memelihara keadilan dan kesaksamaan di peringkat global.