Festival Belia China-Afrika Buka Tirai
Festival Belia China-Afrika edisi kelapan membuka tirai di Beijing pada Isnin.
Sepanjang lapan hari berada di China, lebih 60 wakil belia dari Afrika akan dibawa mengunjungi Beijing, Zhejiang dan tempat-tempat lain sebagai usaha memperdalam persefahaman dan persahabatan antara China dengan Afrika.
Naib Menteri Luar China Chen Xiaodong berkata festival belia itu merupakan salah satu aktviti penting di bawah rangka Forum Kerjasama China-Afrika.
Beliau menyifatkan golongan belia sebagai harapan serta kunci untuk memastikan persahabatan China-Afrika kekal utuh.
Justeru, golongan terbabit diharap terus menyumbang tenaga sendiri untuk mendorong kerjasama muhibah antara kedua-dua pihak.
Duta Besar Republik Senegal ke China, Ibrahima Sory Sylla menyifatkan kerjasama Afrika-China penuh dinamik dan boleh dicontohi.
Beliau berharap agar potensi pertukaran dan kerjasama antara golongan belia kedua-dua pihak terus dicungkil ke arah menyumbang kepada perkembangan hubungan Afrika-China pada masa depan.