Prinsip Satu China Penyangga Kedamaian Selat Taiwan: Wang Yi
Prinsip satu China merupakan penyangga kepada kedamaian Selat Taiwan, tegas Menteri Luar China Wang Yi.
Beliau berkata demikian dalam tempoh mesyuarat menteri luar Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Astana ketika menyentuh mengenai 'upacara angkat sumpah 20 Mei' yang berlangsung di wilayah Taiwan pada Isnin.
Menurutnya, hanya terdapat satu China di dunia dan Taiwan sebahagian daripada wilayah China. Ia merupakan fakta sejarah dan undang-undang yang tidak dapat diubah walau apa jua perubahan situasi berlaku di pulau Taiwan.
Tokoh politik dan rakyat pelbagai lapisan masyarakat dari banyak negara termasuk anggota SCO lantang bersuara menegakkan prinsip satu China, dan berdiri teguh menyokong perjuangan adil China dalam menentang 'kemerdekaan Taiwan' dan menggalakkan penyatuan semula tanah air.
Ia sekali lagi menggambarkan landskap antarabangsa yang menjunjung prinsip satu China tidak dapat digoyangkan.
Tambah beliau, cubaan mencabar prinsip satu China pasti gagal pada akhirnya.