ODI Bukan Kewangan China Catat Kenaikan

2024-05-24 13:38:16  CRI
Share with:

Pelaburan langsung luar negara (ODI) yang dibuat China dalam sektor bukan kewangan direkod sebanyak 343.47 bilion yuan (RM223.69 bilion) bagi tempoh Januari hingga April, menokok 18.7 petarus tahun ke tahun.


Menurut data terkini Kementerian Perdagangan, pelaburan berkenaan oleh syarikat China di negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencecah 77.77 bilion yuan (RM50.65 bilion), meningkat 20.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.