Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa China Ke-20 Buka Tirai

2024-05-24 12:14:15  CRI
Share with:

Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa China (Shenzhen) ke-20 telah membuka tirai di bandar Shenzhen semalam.


Terdapat lapan zon pameran dalam Ekspo yang bakal berlangsung selama lima hari itu termasuk Dewan Komprehensif Industri Kebudayaan A dan B, Pameran Inovasi Industri Kebudayaan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao, Pameran Kebudayaan & Pelancongan serta Kepenggunaan Kebudayaan, Pameran Perfileman, TV, Penerbitan, Hak Cipta, E-sukan dan Permainan Elektronik, Pameran Warisan Budaya Tidak Ketara, Jenama Tradisional, Kraftangan dan Kesenian, Pameran Seni, Reka dan China-Chic, serta Pameran Perdagangan Kebudayaan Antarabangsa.

Antaranya, pameran khas "inovasi kebudayaan China" berperanan mempamerkan pencapaian terkini dalam kebudayaan tradisional melalui transformasi kreatif dan pembangunan inovatif, sedangkan pavilion promosi AI model raya yang diserikan dengan kehadiran sebahagian syarikat yang berprestij dalam bidang sains teknologi frontier, pembuatan kelengkapan kebudayaan dan kecerdasan buatan, berperanan memperlihat kuasa produktif kualiti baharu dalam sektor kebudayaan yang mempunyai prospek pembangunan yang cerah.

Sementara itu, pameran perdagangan kebudayaan antarabangsa yang buat kali pertama dianjurkan dalam Ekspo itu, yang bertujuan meningkatkan kerjasama China dengan agensi kebudayaan dan persatuan perdagangan dari luar negara, telah menyaksikan penglibatan pelbagai agensi perdagangan asing, kedutaan dan konsulat asing di China dan delegasi bandar persahabatan antarabangsa.

Lebih 6,000 delegasi pempamer yang berlatarbelakangkan jabatan kerajaan, institusi kebudayaan dan sektor korporat, dilaporkan membabitkan kesemua 31 buah provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pentadbiran pusat di China, serta wilayah Hong Kong, Macao dan Taiwan, dengan lebih 300 daripadanya membabitkan 60 buah negara dan kawasan. 


Dalam pada itu, produk kebudayaan yang dipamerkan dalam Ekspo itu mencecah lebih 120,000 unit, dan projek pelaburan dan pembiayaan industri kebudayaan yang dipamerkan dan diniagakan berjumlah lebih 4,000 item.