China, Indonesia Ikrar Dorong Pembangunan Komuniti Berkongsi Nasib

2024-05-29 14:30:35  CRI
Share with:

China bersedia bersama dengan Indonesia berdasarkan persepakatan pemimpin kedua-dua negara, memperdalam kerjasama strategik dari segenap aspek, dan berikrar mendorong pembangunan berkualiti dalam mmbentuk komuniti berkongsi nasib demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.


Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhao Leji ketika ditemui Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Puan Maharani di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Selasa.


Menurut Zhao, sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Indonesia yang jatuh pada tahun depan, China bersedia mengintensifkan penyelarasan antara pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan pelaksanaan strategi pembangunan Indonesia, dan menggalakkan penaiktarafan kerjasama secara substantif antara satu sama lain. 


Sementara itu, China berhasrat bersama dengan negara-negara ASEAN khususnya Indonesia berusaha membentuk komuniti berkongsi nasib China-ASEAN agar menyumbang kepada kedamaian, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran dunia melalui usaha mengamalkan Lima Prinsip Hidp Bersama secara Damai yang akan menyambut ulang tahun ke-70 pada tahun depan, dan menyemarakkan Semangat Bandung iaitu bersatu, persahabatan dan bekerjasama.


Dalam pada itu, Puan Maharani berkata, Indonesia konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China dan menyifatkannya asas politik bagi hubungan bilateral. Pihaknya bersedia mengeratkan interaksi dengan NPC, dan memainkan peranan positif dalam perkembangan hubungan kedua-dua negara yang saling menguntungkan.