China Bantah Ucapan Salah Segelintir Negara Melibatkan Isu Taiwan
Segelintir negara mengeluarkan ucapan yang salah melibatkan isu Taiwan dalam pembahasan umum Persidangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-77, dan turut menimbulkan bantahan dari delegasi China yang melihat ucapan itu sebagai pencabulan terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah negaranya.
Menurut delegasi China, segelintir negara digesa menerima keputusan yang dibuat dalam persidangan WHO yang menolak cadangan melibatkan kawasan Taiwan. Keputusan itu juga membuktikan bahawa prinsip Satu China mendapat sokongan kukuh daripada kebanyakan negara, dan sebarang plot yang membelakangi atau mencabar prinsip tersebut ditakdir hanya akan menjadi sia-sia sahaja.
Segelintir negara yang terbabit dinasihati mematuhi keputusan WHO, mengamalkan prinsip Satu China yang termaktub dalam resolusi Perhimpunan Agung PBB dan persidangan WHO di samping berhenti mencampuri urusan dalaman China.