Seminar "China dan Dunia: Kerjasama, Cabaran dan Menang-Menang" Diadakan di Beijing
Seminar “China dan duia: kerjasama, cabaran dan menang-menang” anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Universiti Renmin China (RUC) diadakan di sini, pada Khamis.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya menyatakan, Presiden China Xi Jinping pada tiga tahun lalu menegaskan pentingnya untuk melaporkan cerita China dengan baik, supaya membantu rakyat dunia mengenali China secara objektif dan komprehensif.
"CMG menggiatkan inovasi dalam 'diplomatik media' pada beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga berjaya membina beberapa mekanisme kerjasama media di peringkat antarabangsa.
"Sebagai media antarabangsa yang berjaya memenangi bidaan paling banyak dalam penyiaran Sukan Olimpik yang bakal diadakan di Paris, CMG komited untuk menyemarakkan semangat Olimpik, menghasilkan program bertaraf tinggi untuk menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib
sesama insan," kata Shen.
Seminar ini turut disertai bekas Perdana Menteri Kyrgyzstan Djoomart Otorbaev, bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Poland Grzegorz W. Kolodko, Pengarah Jabatan Penerangan dan Media Bahagian Komunikasi Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ian Philips, pakar dan sarjana dari Universiti Renmin dan Akademi Sosial China serta wakil dari organisasi berkaitan.
Mereka telah mengadakan pertukaran yang mendalam tentang topik modenisasi ala China dengan peluang baharu dunia serta pertukaran dan saling belajar antara pelbagai tamadun.