Xi Peka Akan Hal-hal Melibatkan Kanak-kanak
Presiden China, Xi Jinping pernah berkali-kali menegaskan peri pentingnya pendidikan kanak-kanak, yang diibaratkan umpama membutangkan pakaian. "Jika tersilap pada butang yang pertama, butang-butang seterusnya akan ikut salah", kata Xi.
Kanak-kanak adalah masa depan tanah air. "Cita-cita" dan "impian" selalu disebut Xi tatkala beramah mesra dengan kanak-kanak.
Xi pernah mengeluarkan nasihat kepada kanak-kanak bahawa selain belajar ilum dalam kuliah, pun perlu rajin belajar ilmu dalam kehidupan harian, sering berfikir dan bertanya untuk memupuk semangat inovatif.
Semasa meninjau di provinsi Shaanxi pada Feb 2015, Xi pernah melawat Sekolah Harapan Fuzhou Yangjialing. Beliau menekankan bahawa pendidikan sangat penting khususnya bagi kawasan yang ekonominya mundur.
Sementara itu, Xi juga selalu menumpukan perhatian terhadap kesihatan kanak-kanak. Menurut beliau, eksesais tidak boleh diabaikan dalam pendidikan kanak-kanak, dan masa untuk kanak-kanak melakukan eksesais juga boleh ditambah sedikit sebanyak.
Ketika turun padang meninjau satu tapak pertanian kendalian pelajar Sekolah Yuying Beijing pada 2023, Xi berharap para pelajar dapat merasai kesusahan kaum tani yang bercucuk tanam supaya memupuk tabiat hidup yang baik, iaitu menghargai bijirin dan menghormati alam sekitar.
"Kanak-kanak China pada era baharu sepatutnya mempunyai cita-cita dan impian, suka belajar dan bekerja, menghargai hasil kerja orang, memahami persahabatan, serta bersemangat inovatif dan berijwa besar untuk berjuang. Inilah harapan Presiden Xi terhadap golongan kanak-kanak.