Prob Chang'e-6 Akan Ambil Sampel di Belakang Bulan
Alat pendarat dan pengangkat prob Chang'e-6 yang bergabung berjaya mendarat di Besen Aitken, Kutub Selatan di belakang Bulan pada pukul 6.23 pagi Ahad.
Sejak dilancarkan dengan jayanya ke orbit yang dijadualkan pada 3 Mei tahun 2024, prob Chang'e-6 turut menyelesaikan proses pemindahan dari Bumi ke Bulan, pembrekan dekat Bulan, penerbangan mengelillingi Bulan, penurunan dan pendaratan.
Dimaklumkan bahawa seawal tiga hari sebelum ini, gabungan alat pendarat dan pengangkat terpisah dengan gabungan alat pengorbit dan pemulang. Seterusnya, alat pendarat akan berfungsi memeriksa dan menetapkan sayap matahari dan antena berarah di bawah kawalan dari Bumi, lalu mengambil sampel, sekaligus menganalisis tapak pendaratan dan struktur tanah di Bulan.