Tren Kargo Bawa Produk China ke Pasaran Dunia
2024-06-03 15:20:33 CRI
Dengan beroperasinya rel kargo China-Eropah, semakin banyak perusahaan China berjaya memasuki pasaran antarabangsa menerusi perkhidmatan tren berkenaan.
Zon Pelabuhan Darat Antarabangsa Urumqi juga menjadikan rel kargo itu sebagai medium untuk mewujudkan 'laluan sutera dagangan' yang menghubungkan wilayah Xinjiang China dengan Asia Tengah dan Eropah.
Zon tersebut telah mengendalikan kargo melebihi 200 kategori sejak pembinaannya dimulakan pada hujung 2015.
Setakat ini, sebanyak 21 laluan tren kargo China-Eropah beroperasi dengan membabitkan 26 bandar di 19 negara Eropah dan Asia.