Utusan Khas Presiden Xi Sertai Upacara Angkat Sumpah Presiden Baharu Salvador

2024-06-03 14:35:34  CRI
Share with:

Utusan khas Presiden China Xi Jinping, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Sun Yeli menyertai upacara angkat sumpah Nayib Armando Bukele sebagai Presiden Salvador, atas undangan presiden baharu itu, di bandar San Salvador pada Sabtu.


Sun mengirimkan ucapan tahniah dan mogaan baik daripada Presiden Xi kepada Bukele. 


Beliau mengatakan bahawa China bersedia bersama-sama Salvador untuk meningkatkan koordinasi strategi pembangunan antara kedua-dua negara, meningkatkan taraf kerjasama pragmatik, meluaskan pertukaran rakyat dengan rakyat, agar mendorong hubungan kedua-dua negara maju ke hadapan.