China Hulur Bantuan Makanan Cemas kepada Cuba

2024-06-06 16:22:37  CRI
Share with:

Upacara penyerahan bantuan bahan makanan cemas China kepada Cuba diadakan di Pelabuhan Mariel, Havana pada 4 Jun waktu tempatan. 


Turut hadir adalah Duta Besar China ke Cuba, Ma Hui, Menteri Perdagangan Luar Cuba, Oscar Pérez-Oliva Fraga.

Jumlah beras yang telah pun dihantar ke Pelabuhan Mariel kali ini berjumlah 1,584 tan, dan akan diikuti hantaran beras sebanyak enam kali yang dijadualkan tiba pada Jun dan Julai. 


Antaranya penghantaran melalui pengangkutan laut berjumlah 20,000 tan. 


Kerajaan China memutuskan untuk menghulurkan bantuan bahan makanan cemas kepada Cuba pada Mac lalu. 


Sebelum ini, terdapat 408 tan beras telah diserahkan kepada kerajaan Cuba melalui pengangkutan udara pada April lalu.