Stesen Angkasa China Dihuni Angkasawan 731 Hari

2024-06-06 16:27:04  CRI
Share with:

Stesen angkasa China telah dihuni angkasawan selama 731 hari sejak kru kapal angkasa lepas Shenzhou-14 berjaya memasuki stesen itu pada 5 Jun 2022.


Kru Shenzhou-14 terdiri Chen Dong, Liu Yang, dan Cai Xuzhe telah menyaksikan percantuman modul eksperimen Wentian dan Mengtian serta pembentukan asas stesen angkasa China berbentuk huruf "T".


Kru Shenzhou-14 juga menyambut ketibaan kru Shenzhou-15 dan menyelesaikan pertukaran syif di orbit, iaitu kali pertama bagi angkasawan China.