Lebih 20,000 Karya Kreatif Budaya Olimpik Dipamer di Beijing
2024-06-06 11:12:25 CRI
Lebih 20,000 karya kreatif berunsurkan budaya Olimpik dipamerkan di Muzium Olimpik Beijing bermula minggu ini, menjelang penganjuran Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual dirasmikan bulan depan.
Pameran tematik itu turut merangkumi pelbagai barangan berlesen Sukan Olimpik sejak 2004 termasuk cenderamata, lencana, mainan plush, maskot dan sebagainya.
Semua karya yang dipertontonkan merupakan hasil ciptaan syarikat China, sekali gus menggambarkan inspirasi menerapkan idea kreatif dan estetik China dalam Sukan Olimpik.