Belia Hong Kong Naiki C919 ke Shanghai untuk Program Latihan Amali

2024-06-06 13:15:15  CRI
Share with:

Mutakhir ini, sekumpulan belia dari Hong Kong tiba di Shanghai dengan menaiki pesawat C919 untuk menyertai program latihan amali selama lapan minggu di bandaraya itu.


C919 merupakan pesawat penumpang bersaiz besar pertama yang dikaji dan dibangunkan China sendiri.


Pesawat itu melakukan penerbangan komersial sulungnya dengan menyempurakan misi penerbangan MU9191 China Eastern Airlines dari Shanghai ke Beijing pada 28 Mei 2023.


Sepanjang tahun lalu, pesawat C919 berjaya mengendalikan lebih 2,000 penerbangan dengan masa kumulatif operasi komersial melebihi 6,000 jam, hantaran penumpang seramai 300,000 dan purata kadar muatan penumpang mencatat hampir 80 peratus.