Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Iran

2024-07-07 12:53:52  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Masoud Pezeshkian selepas dipilih sebagai Presiden Iran pada Sabtu.

 

Xi berkata China dan Iran menikmati pertukaran muhibah yang dijalin sejak sekian lama dan hubungan dua hala mengekalkan perkembangan yang sihat dan mantap dalam tempoh lebih setengah abad lalu.


Saat menghadapi situasi serantau dan antarabangsa yang rumit, China dan Iran sentiasa sokong-menyokong, berkongsi susah senang, memperkukuh kesalingpercayaan strategik, memperkasa kerjasama segenap aspek serta mengekalkan komunikasi dan koordinasi berhubung urusan rantau dan antarabangsa.


Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malah menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rantau dan dunia, tambah beliau.


Hubungan China-Iran sentiasa dititikberatkan, kata Xi sambil meluahkan hasrat ingin bersama Presiden Pezeshkian membimbing perkongsian strategik komprehensif dua negara terus berkembang mantap.