China, Tajikistan Buka Lembaran Baharu Kolaborasi

2024-07-07 16:22:31  CRI
Share with:

Hubungan persahabatan antara China dengan Tajikistan selalu disifatkan umpama 'tali persaudaraan'. 


Sempena lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Tajikistan pada 4 hingga 6 Julai, kedua-dua pihak mengumumkan penjalinan perkongsian strategik komprehensif dalam era baharu bagi membina komuniti berkongsi nasib sesama negara pada titik permulaan yang lebih tinggi.


Aktiviti diplomasi membabitkan kehadiran ketua negara dianggap berperanan penting dalam melonjakkan hubungan China-Tajikistan ke tahap baharu.


Xi dan rakan sejawatnya Emomali Rahmon telah pun menjalin persahabatan akrab menerusi pertemuan sebanyak belasan kali, yang turut mendorong hubungan bilateral terus berkembang mantap. 


Dalam tempoh lawatan kali ini, Xi menganugerahkan Pingat Persahabatan kepada Presiden Rahmon di Dushanbe pada Jumaat. 


Ini merupakan kali pertama pingat berkenaan disampaikan di luar negara China, sekali gus memperlihatkan rasa muhibah mendalam rakyat China terhadap Presiden Rahmon serta rakyat Tajikistan.


Di bawah bimbingan aktiviti diplomasi berkenaan, kerjasama antara China dengan Tajikistan dalam pelbagai bidang terus berputik.  


Tajikistan antara negara yang paling awal menyertai kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI); dua negara sepakat membina komuniti pembangunan dan komuniti keselamatan terlebih dahulu; bangunan parlimen dan kerajaan Tajikistan yang dibina atas bantuan China menjadi mercu tanda baharu Dushanbe serta lambang kerjasama muhibah dua negara... Kolaborasi pragmatik yang bertambah kukuh benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.


Berdiri di titik permulaan lebih tinggi, China dan Tajikistan akan terus berganding bahu bergerak ke hadapan untuk memastikan rakyat kedua-dua negara mengecapi limpahan kesejahteraan.