Pencapaian China dalam Usaha Lindungi Hak Asasi Dapat Pujian

2024-07-07 15:33:08  CRI
Share with:

China menyiapkan proses Penilaian Berkala Sejagat (UPR) keempat di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland pada Khamis.


Apabila laporan berkenaan diluluskan sebulat suara oleh UNHRC, kedengaran tepukan gemuruh daripada para peserta dengan syabas dan tahniah diucapkan wakil banyak negara kepada delegasi China.


Terdahulu, China pernah menyertai tiga pusingan sesi UPR masing-masing pada 2009, 2013 dan 2018. 


Untuk mempertingkat perlindungan hak asasi, China memperkenalkan siri undang-undang serta 30 langkah baharu membabitkan kesejahteraan rakyat, jaminan undang-undang untuk hak asasi, kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan dan sebagainya.


Daripada kejayaan mengatasi masalah kemiskinan mutlak, mewujudkan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh hinggalah menyiapkan sistem pendidikan, jaminan sosial dan penjagaan kesihatan terbesar dunia, pencapaian diperoleh China dalam usaha melindungi hak asasi jelas dilihat semua pihak.

Pada masa sama, China mencatat ledakan pengembara asing yang mahu lebih mengenali negara Tembok Besar. Mereka meluahkan rasa kagum apabila melihat sendiri kemajuan China, dan menyatakan mereka tidak akan tertipu lagi oleh naratif Barat berkaitan hak asasi.


China sentiasa menyumbang kepada tadbir urus hak asasi manusia di peringkat global. Usaha China menggerakkan modenisasi bercirikan sendiri bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat dunia, malah juga memperkaya model pembangunan hak asasi.