Perdagangan Luar China Penting bagi Pembangunan Dunia

2024-08-08 15:03:03  CRI
Share with:

Menurut statistik rasmi yang diumumkan kerajaan China pada Rabu, jumlah import dan eksport barangan China mencatat RMB24.83 trilion (RM15.51 trilion) pada tujuh bulan pertama tahun ini, menokok 6.2 peratus dari tahun ke tahun.


Perdagangan luar China yang berkembang mantap bukan sahaja memperlihatkan ketahanan dan kedinamikan ekonomi negara ini, malah juga berita baik kepada seluruh dunia. 


Pasaran gergasi China akan memberikan banyak peluang kepada dunia, sementara China yang giat membangunkan kuasa produktif kualiti baharu juga akan membawa daya penggerak baharu kepada pembangunan dunia. 


Dipandang dari jangka masa panjang, perdagangan luar China memainkan peranan yang positif bagi memelihara kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian pembekalan global.


Pada masa ini, pemerkasaan pembaharuan secara komprehensif China akan mencipta lebih banyak peluang baharu. 


Sidang pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) membuat pengaturan khas bagi pembaharuan terhadap mekanisme perdagangan luar. Pelbagai langkah akan dilaksanakan termasuk meningkatkan penyelarasan antara dasar perdagangan, fiskal dan percukaian, kewangan serta perindustrian. 


Sementara itu, China mempromosikan pembaharuan dalam penyeliaan terhadap keluar masuk pintu, percukaian dan tukaran asing, di samping membina iklim sistem yang kondusif bagi pembangunan format perniagaan dan model baharu. 


Semua langkah tersebut akan menyuntik momentum baharu ke dalam perdagangan luar China. 


Sementara itu, ekonomi China yang pulih dan berkembang mantap menjadi sokongan dan jaminan kukuh bagi perdagangan luar. 


Pelbagai organisasi antarabangsa termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan unjuran terhadap kadar pertumbuhan ekonomi China kepada 5 peratus ke atas pada mutakhir ini. Ini menunjukkan China tetaplah enjin penting bagi pertumbuhan ekonomi global.