Pakistan Boleh Ambil Contoh dari Pembangunan China - PM Shehbaz

2024-08-08 11:41:44  CRI
Share with:

Pakistan boleh mengambil contoh dan mendapat cadangan penyelesaian baharu dari pembanguan China, kata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam satu temubual bersama wartawan Kumpulan Media China di Islamabad pada Selasa.


Menurut beliau, Pakistan perlu belajar dari model China untuk mewujudkan pembangunan pesat secara berdikari.


Dalam pada itu, Pakistan berhasrat memperdalam kerjasama dengan China dalam bidang teknologi maklumat, pertanian, perlombongan dan sumber tenaga, di samping menimba pengalaman maju dari negara Tembok Besar untuk merealisasikan pembangunannya sendiri.


Shehbaz berkata, Koridor Ekonomi China-Pakistan sebagai satu projek pilot di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bakal membawa limpahan manfaat kepada Pakistan.


Kedua-dua pihak hendaklah memperincikan pelaksanaan projek kerjasama dua hala dengan memanfaatkan peluang yang wujud dalam pembangunan fasa kedua koridor itu.


Menyentuh mengenai pelabuhan Gwadar yang merupakan salah sebuah titik permulaan bagi koridor itu, Shehbaz memberitahu bahawa pengoperasian komersial pelabuhan Gwadar sedang dipergiatkan. Di samping itu, kedua-dua negara telah menjalankan banyak kerjasama di pelabuhan berkenaan.


"Dengan usaha bersama antara kita, China dan Pakistan diyakini bakal menjadi suri teladan kepada pembangunan, kemakmuran dan kedamaian di dunia," kata beliau.


Shehbaz juga memberikan penghargaa tinggi kepada Inisiatif Pembangunan Global (GDI) yang disarankan Presiden Xi Jinping.


Beliau menganggap inisiatif itu sebagai visi sangat mulia yang bertujuan menempuh jalan pembangunan dan kemakmuran bersama dengan pelbagai negara dan rantau di dunia.