Pelepasan Air Sisa Radioaktif Jepun Tindakan Tidak Bertanggungjawab
2024-08-08 15:51:28 CRI
China membantah Jepun melepaskan air sisa radioaktif ke laut, dan pendirian China itu tidak berubah, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning pada Rabu.
Beliau berkata, Jepun terus-menerus melepaskan air sisa radioaktif ke laut, mengalihkan risiko potensi pencemaran ke seluruh dunia. Tindakan itu adalah amat tidak bertanggungjawab.
Untuk rekod, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) memulakan pelepasan air sisa radioaktif fasa ke-8 dari Loji Janakuasa Nuklear Fukushima pada Rabu.
Pelepasan fasa ini melibatkan 7,800 tan air sisa dan akan berlarutan hingga 25 Ogos.